SELAMAT DATANG KE BLOG IZAD STUDIO (IZEL ZONE)




Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Umum dah mengetahui setiap 12 Rabiul Awwal kita sebagai umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul sempena kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang kita cintai melalui selawat ataupun marhaban. Cuaca kat sini hari ni mendung dengan hujan turun renyai-renyai seolah-olah hari yang penuh dengan rahmat setelah hampir dua minggu cuaca panas dengan keadaan membahang sehingga waktu malam sejak Tahun Baru Cina yang lalu.
Teringat masa belajar kat UTHM dulu aku sempat join Pusat Islam ke rombongan marhaban satu bas ke rumah-rumah staf akademik UTHM. Memang seronok, dan lebih seronok cara selawat kat sana lebih rancak dan semangat daripada cara selawat yang biasa dibuat kat Kelantan, sesuai dengan menyambut hari kelahiran Nabi kita pada 12 Rabiul Awwal 571 Masihi. Kebiasaannya kat sini selawat dalam nada agak mendayu. Seronok bila kita merantau ke negeri orang, boleh tahu dan belajar adat mahupun adab negeri lain. Walaupun kita Melayu, tetapi adatnya ada bermacam-macam. Mana yang tak bercanggah dengan agama patutlah kita hormatinya.

Wafat

Seperti tarikh lahir Rasulullah, Baginda juga wafat pada tanggal 12 Rabiul Awwal, hari Isnin pada tahun 11 Hijrah ketika Baginda berusia 63 tahun setelah sakit selama 18 hari.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah s.a.w. sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah r.a. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: “Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”
Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”
Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”
Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Salah seorang ahli bait.” Kami bertanya: “Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”
Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah s.a.w. pun turut menangis. Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”
Sumber -
Secara peribadi, sambutan Maulidur Rasul melalui selawat dengan nada mendayu yang biasanya dibuat di Kelantan membawa erti peringatan saat-saat Baginda wafat yang menyedihkan kita sebagai umat di akhir zaman. Dengan riak wajah yang kebanyakannya tunduk dan memejamkan mata menambahkan lagi kesayuan di hati dengan pemergian seorang insan mulia dari dunia ini.
Berbeza pula dengan suasana marhaban di Batu Pahat, atau mungkin di seluruh Johor berdasarkan 5 tahun pengalaman aku kat sana dulu. Rombongan kami tiba di rumah-rumah staf UTHM yang menjemput dengan gemaan selawat rancak sebaik saja mula masuk ke rumah. Keadaan itu membuatkan aku terasa satu kegembiraan dengan memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa satu perubahan sangat besar kepada umat-umat akhir zaman.
Walau macam mana sambutan yang dibuat sekalipun, yang penting adalah penghayatan kita pada hari bersejarah ini. Janganlah sekadar mengakui Muhammad s.a.w. adalah Rasul kita sedangkan segala ajaran serta sunnahnya kita jauhi.

Tuesday, February 15, 2011 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "salam maulidurrasul"

Write a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG INI MENUNJUKKAN BAKAT KRATIVITI DALAM BIDANG GRAFIK DESIGNER ANAK MUDA SEKARANG